Assalamualaikum everybody! :)
Currently kak kiah ada dekat Kuantan, Pahang! *Saja guna nama kak kiah sebab nampak comey sikit lol lol lol* Kak kiah datang sini sebab berjalan dengan family. Tujuan utama nak balik kg dekat Terengganu. Bak kata orang alang alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. So alang alang nak balik Terengganu, maka satu family pun ambil kesempatan bercuti sehari dekat Kuantan haaa. Lagipun kak kiah nak balik lendu dah. Nak sambung sem 3 dah. So baik lah jalan jalan sebelum balik ye dok? Hehe. Okay okay. Sebelum tu, nak minta maaf lah kalau blog post hari ni macam tak teratur sikit. Sebab post kali ni pun on the go jugak. Pakai phone ja.
Baiklah, jom teruskan dengan topik tengah malam buta ni! Disebabkan bosan haa, maka tetiba tangan rajin nak post blog pasal travel makeup bag! Disebabkan tengah travel, maka secara tak sengaja nak post lah pasal ni. Hihi. Kak kiah memang suka dengan makeup makeup ni haa. So nak cakap lah sikit pasal ni. Wee ~ Hakak hakak hadik hadik yang sama hobi suka tak? Ihiks. Ok lets move on!
Kak kiah dah letak gambar. Kalau tengok guna phone, gambar dekat bawah sekali tu haa. Kalau laptop tak tahu lah pulak.
Okay. Travel makeup bag ni, kak kiah just bawak yang kecik ja. Kak kiah main rembat adik punya pencil box! Haa pencil box pun boleh guna tau don't play play hahah. Nak guna benda lain pun boleh tade hal. Tapi size tu biarlah kecil ataupun sederhana kecil. Supaya senang nak sumbat dalam handbag. Kan? Kak kiah main campak ja haa makeup bag ni dalam handbag. So kalau keluar jalan jalan senang nak capai kalau nak touch up hihi.
Dalam travel makeup bag kak kiah ada macam macam as you can see. Ada bb cream dalam plastik kecil tu yang macam travel size punya. And then ada blackhead mask, brushes untuk kening, eyeshadow, compact powder, celak, lipsticks, lip tint, wipes, cotton lap muka. Itu sahaja lah tak silap. Banyak kan? Tapi size dia kecil kecil ja so senang nak bawak sebab ringan.
Kalau korang nak keluar travel mana mana tak kira dalam Malaysia or luar negara, make sure bawak travel makeup bag yang size sederhana sahaja. Tak perlu bawak yang besar besar. Sebab kalau bawak bebanyak makeup, bukan kita guna pun kan? So bawak yang perlu sahaja. Itu je lah tips kak kiah untuk post kali ni and cerita kak kiah.
Kalau ada apa apa lagi kak kiah akan update ye! Stay tuned :D