14 Jun 2014

UiTM LENDU

Source: Mr.Google

Assalamualaikum holla amigos gaisss! Dah lama tak update blog haa walaupun tak ada lah lama sangat. Rasanya lepas ni nak update blog pun dah tak ada masa sebab sibuk dengan kerja itu in, assignment itu ini. Semester 3 ni memang mencabar. Makin lama makin mencabar. So, confirm busy nak mampus. Lewls. Well, rasanya itu je lah nak update. Banyak sangat kerja nak kena fikir & buat. Will see ya soon! Toodles :)



30 Mei 2014

TRAVEL MAKEUP BAG!

Assalamualaikum everybody! :)
Currently kak kiah ada dekat Kuantan, Pahang! *Saja guna nama kak kiah sebab nampak comey sikit lol lol lol* Kak kiah datang sini sebab berjalan dengan family. Tujuan utama nak balik kg dekat Terengganu. Bak kata orang alang alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. So alang alang nak balik Terengganu, maka satu family pun ambil kesempatan bercuti sehari dekat Kuantan haaa. Lagipun kak kiah nak balik lendu dah. Nak sambung sem 3 dah. So baik lah jalan jalan sebelum balik ye dok? Hehe. Okay okay. Sebelum tu, nak minta maaf lah kalau blog post hari ni macam tak teratur sikit. Sebab post kali ni pun on the go jugak. Pakai phone ja.
Baiklah, jom teruskan dengan topik tengah malam buta ni! Disebabkan bosan haa, maka tetiba tangan rajin nak post blog pasal travel makeup bag! Disebabkan tengah travel, maka secara tak sengaja nak post lah pasal ni. Hihi. Kak kiah memang suka dengan makeup makeup ni haa. So nak cakap lah sikit pasal ni. Wee ~ Hakak hakak hadik hadik yang sama hobi suka tak? Ihiks. Ok lets move on!
Kak kiah dah letak gambar. Kalau tengok guna phone, gambar dekat bawah sekali tu haa. Kalau laptop tak tahu lah pulak.
Okay. Travel makeup bag ni, kak kiah just bawak yang kecik ja. Kak kiah main rembat adik punya pencil box! Haa pencil box pun boleh guna tau don't play play hahah. Nak guna benda lain pun boleh tade hal. Tapi size tu biarlah kecil ataupun sederhana kecil. Supaya senang nak sumbat dalam handbag. Kan? Kak kiah main campak ja haa makeup bag ni dalam handbag. So kalau keluar jalan jalan senang nak capai kalau nak touch up hihi.
Dalam travel makeup bag kak kiah ada macam macam as you can see. Ada bb cream dalam plastik kecil tu yang macam travel size punya. And then ada blackhead mask, brushes untuk kening, eyeshadow, compact powder, celak, lipsticks, lip tint, wipes, cotton lap muka. Itu sahaja lah tak silap. Banyak kan? Tapi size dia kecil kecil ja so senang nak bawak sebab ringan.
Kalau korang nak keluar travel mana mana tak kira dalam Malaysia or luar negara, make sure bawak travel makeup bag yang size sederhana sahaja. Tak perlu bawak yang besar besar. Sebab kalau bawak bebanyak makeup, bukan kita guna pun kan? So bawak yang perlu sahaja. Itu je lah tips kak kiah untuk post kali ni and cerita kak kiah.
Kalau ada apa apa lagi kak kiah akan update ye! Stay tuned :D


27 Mei 2014

RESIPI ROTI TELUR SANDWICH?

Assalamualaikum hye semua!
Kak kiah datang kembali nak share second resipi dalam blog ni. Sebelum tu, kalau post ni tak teratur, maafkan lah ye kak kiah di sini hahah. Sebab kak kiah pakai handphone nak post haa. Kak kiah malas sangat nak hadap laptop. Lagi senang guna handphone. Baring baring pun kak kiah boleh update blog ni hehe. Ok, malas nak membebel panjang. Kita sambung.
Okay. Aku pun tak tahu nama resipi ni sangat. So nak bagi brief pasal sandwich ni. So sandwich telur ni bukan macam sandwich telur yang normal tu. Yang ni telur mata kerbau dalam dia. Cool kan? Resipi ni cukup senang gila k. Sesuai untuk breakfast. Okay jom tengok ingredients & directions dia.
Ingredients:
- Roti biasa (2keping)
- Telur (1biji)
- Butter
- Hot dog
- Cheese
Directions:
- Ambil roti, dan potong tengah tengah roti tersebut.
- Panaskan api dan letakkan butter dan biarkan ia cair.
- Selepas itu, letakkan roti dan masukkan telur yang telah dipecah ke dalam tengah tengah roti tersebut.
- Gorengkan kedua dua belah sehingga masak.
- Tutup api dan letakkan cheese di atas roti tersebut. Bairkan seketika sehingga cheese cair.
- Dan hidang wallah!
- Boleh makan sekali dengan hot dog kalau nak.
So! Itu sahaja resipinyaa. Senang je kan? Untuk remaja macam kak kiah ni menang senang gila + berbaloi baloi. Kenyang pun kenyang. Takyah makan sampai malam dah. Hehe. So selamat mencuba ye!

26 Mei 2014

RESIPI SUP TOMYAM

Assalamualaikum & holla semua :)

Hari ni nak post pasal resipi pulak. Resipi yang paling aku suka since awal awal diet. Tapi sadis, gambar tak ada nak letak. Tak snap. Huhu. Okay move on. Kali ni nak kongsi resipi sup tomyam. Yes yes, sangat senang nak buat. Tapi just nak share cara aku. Tu pun belajar sikit dari orang hee ~ So, jom tengok bahan bahan dia. Btw, recipe ni ikut suka hati katakoo. Main campak campak main agak agak. Paling penting kena masak dengan penuh kasih sayang baru lah sedap. Haha. So bahan bahan apa semua ni aku estimate dalam 2/3 orang boleh makan

Ingredients: 

Air (3 cawan)
Kobis
Cauliflower
Carrot 
Jenis sayur sayuran lain (Ikut citarasa anda)
Bawang (1-2 biji)
Bawang putih (3-4 ulas)
Paste tomyam (Aku guna paste beli dekat Padang Besar. Tak tahu apa jenama. Nak guna lain pun boleh)
Garam
Gula
Fishcake/fishball
Air limau (untuk masam)

Directions:

1. Letakkan air di dalam periuk. Didihkan dia.
2. Potong bawang & bawang putih. Masukkan bawang, bawang putih & fishcake ke dalam air yang telah dididihkan.
3. Masukkan sayur keras dahulu (carrot, kobis)
4. Masukkan pulak paste tomyam.
5. Masukkan garam dan gula sedikit untuk perasa.
6. Akhir sekali masukkan sayur lembut (tomato)
7. Biarkan ia medididh seketika. Tutup api dan angkat.

Senang gilaaaa kan? Ini yang simple punya. Bagus lah untuk remaja remaja dekat luar sana yang nak diet tu. Makan sup ni sahaja. Lepastu, kalau korang nak letak mee ka apa ka, pastikan jangan campur sekali. Hidang asing yee. Kalau campur sekali memang tak sedap i tell chuolss. Hihi. 

So itu je lah nak kongsi petang ni. Alang alang dah buat lunch tadi, kongsi lah sikti resipi. Kan? So enjoy! :D

25 Mei 2014

PENGALAMAN MINUM MIRACLE SLIMMING COFFEE

Source: Mr.Google


Assalamualaikum semua :)

Malam ni, terlebih rajin nak post satu lagi benda. Macam apa yang aku cakap dekat last post, aku akan post macam macam benda dekat sini. Pasal kecantikan, makanan, diri sendiri dan sebagainya lah. So, malam ni just nak kongsi satu produk kecantikan from aaaa apa ntah. Tahu tapi dah lupa dan malas nak search apa semua. Hihi. Kalau nak tahu lebih lanjut, akak akak, adik adik, abang abang boleh search dekat Google lah ye :D Aku just nak share testimoni aku sendiri sahaja. So pasal facts and all terlebih 'rajin' nak tulis. Mueheh. 

Okay so let's move on! Well, aku dah consumed MSC ni nak masuk 2 bulan. Dan alhamdulillah, berjaya turun sikit. Dalam masa sebulan lebih ni, berat badan aku turun 6kg. Itu pun tak tentu berat badannya sebab pemakanan yang aku ambil setiap hari tak consistent. Ada hari makan sikit. Ada hari terlebih makan dari yang biasa. So kadang kadang berat naik, maintain and turun. Macam sekarang, berat badan aku tak berapa nak bagus. Sebab mood pelahap lain macam semenjak dua menjak tiga empat lima menjak ni hehehe.

Okay. Untuk sesiapa yang nak try MSC ni, haa btw MSC ni, owner dia sama ja dengan Perla Coffee yang famous amos tu. So MSC ni memang selamat untuk diminum. Okay sambung. So, siapa nak try, boleh lah try. Tapi pastikan umur 18 tahun ke atas. Kalau nak minum ni, kita kena ada disiplin jugak. Bukan main minum ja and then hentam makan ikut suka hati. Tak boleh jugak macam tu. Bila dah start minum ni, the first thing is, kita kena minum air putih banyak banyak dan banyak. Kena banyak sangat k! At least 3 liter setiap hari. Kalau tak mampu, 1 liter pun dah cukup. Macam aku ni, tak mampu nak telan air putih bebanyak dalam masa satu hari. Tak sampai seliter pun ada. Tekak payah sangat nak minum banyak banyak ni. Hiks. 

Lepastu, kena rajin exercise. Kena rajin yang sangat rajin tu. Kalau exercise, effect coffee ni lebih mujarab lah sikit haaa katakoooo. Tapi macam aku ni. Exercise pun kadang kadang tak menentu jugak. Ada ja kekurangan aku ni lulz. Aku exercise pun selang sehari. Lepastu 30 minit ja sebab tak mampu nak jalan lama lama atas treadmill. Haha. 

Okay next step! Diet paling penting. Jangan terlampau sangat diet tu sampai tak makan. Nak makan, kena lah makan dalam portion yang sikit. Jangan sekali makan gedebak kau ambil portion tu. Memang cerita dia tak turun lah kan berat badan. So, diet tu penting untuk lagi mujarab. Kalau aku. Setiap hari breakfast tak skip sebab after minum coffee kena breakfast. And then lunch pun tak skip melainkan puasa hehe. Lunch tu kalau duduk rumah selalu makan makanan yang ber-sup. And then kalau malam, langsung tak makan sampai lah ke esok pagi. Tapi kadang kadang makan jugak hihi :P

So, itu je lah pengalaman aku minum MSC ni. Dekat dapur ada lagi satu jar nak kena habiskan lagi. Lepas ni mungkin tak consume benda ni lagi sebab nak try produk lain fulaiittt. Tapi kena ingat jugak, kalau minum ni effect dia bergantung jugak dengan orang tu. Ada yang lambat, ada yang cepat. Kalau yang lambat tu macam aku ni haa, sabar je lah. Ingat satu ayat, kurus bukan senang. Hahaha. 

Okay, sampai di sini sahaja post kali ni. Will continue later dengan new post! Bye bye ;)

BARU


Assalamualaikum. Malam :D
Okay. Nak tulis blog pun dah kekok gila sekarang. Dah lama sangat aku tak berkecimpung dalam bidang penulisan blog ni sejak aku Form 4 tak silap. Ewah. So, ini blog entah ke berapa aku buat. Blog lama dah delete. Blog lagi satu apa email password dah lupa. Maka, buat lah yang baru. Bila blog lama delete tu rasa kucewa yang amat sebab dah edit punya cantik. Followers pun cantik. Tapi disebabkan hal hal yang tertentu, so kena delete untuk keselamatan diri sendiri. Muehehe :p

So! Malam ni, first post untuk blog yang baru ni. Entah lah berapa lama blog ni boleh tahan. InsyaAllah kalau aku rajin update lepas ni, tahan lama lah KOT. InsyaAllah kalau ada masa. Sebab masuk Uni kang, masa pun tak tentu ada ke tak. Hope ada. Sebab tangan teringin sangat nak try ber-blogging balik. Well, that's it fer tonight! Akan ku update lagi macam macam dalam blog ni insyaAllah. Kecantikan, pasal diri aku sendiri, masakan and soooo onnnnn. Stay tuned! :)