![]() |
| Source: Mr.Google |
Assalamualaikum semua :)
Malam ni, terlebih rajin nak post satu lagi benda. Macam apa yang aku cakap dekat last post, aku akan post macam macam benda dekat sini. Pasal kecantikan, makanan, diri sendiri dan sebagainya lah. So, malam ni just nak kongsi satu produk kecantikan from aaaa apa ntah. Tahu tapi dah lupa dan malas nak search apa semua. Hihi. Kalau nak tahu lebih lanjut, akak akak, adik adik, abang abang boleh search dekat Google lah ye :D Aku just nak share testimoni aku sendiri sahaja. So pasal facts and all terlebih 'rajin' nak tulis. Mueheh.
Okay so let's move on! Well, aku dah consumed MSC ni nak masuk 2 bulan. Dan alhamdulillah, berjaya turun sikit. Dalam masa sebulan lebih ni, berat badan aku turun 6kg. Itu pun tak tentu berat badannya sebab pemakanan yang aku ambil setiap hari tak consistent. Ada hari makan sikit. Ada hari terlebih makan dari yang biasa. So kadang kadang berat naik, maintain and turun. Macam sekarang, berat badan aku tak berapa nak bagus. Sebab mood pelahap lain macam semenjak dua menjak tiga empat lima menjak ni hehehe.
Okay. Untuk sesiapa yang nak try MSC ni, haa btw MSC ni, owner dia sama ja dengan Perla Coffee yang famous amos tu. So MSC ni memang selamat untuk diminum. Okay sambung. So, siapa nak try, boleh lah try. Tapi pastikan umur 18 tahun ke atas. Kalau nak minum ni, kita kena ada disiplin jugak. Bukan main minum ja and then hentam makan ikut suka hati. Tak boleh jugak macam tu. Bila dah start minum ni, the first thing is, kita kena minum air putih banyak banyak dan banyak. Kena banyak sangat k! At least 3 liter setiap hari. Kalau tak mampu, 1 liter pun dah cukup. Macam aku ni, tak mampu nak telan air putih bebanyak dalam masa satu hari. Tak sampai seliter pun ada. Tekak payah sangat nak minum banyak banyak ni. Hiks.
Lepastu, kena rajin exercise. Kena rajin yang sangat rajin tu. Kalau exercise, effect coffee ni lebih mujarab lah sikit haaa katakoooo. Tapi macam aku ni. Exercise pun kadang kadang tak menentu jugak. Ada ja kekurangan aku ni lulz. Aku exercise pun selang sehari. Lepastu 30 minit ja sebab tak mampu nak jalan lama lama atas treadmill. Haha.
Okay next step! Diet paling penting. Jangan terlampau sangat diet tu sampai tak makan. Nak makan, kena lah makan dalam portion yang sikit. Jangan sekali makan gedebak kau ambil portion tu. Memang cerita dia tak turun lah kan berat badan. So, diet tu penting untuk lagi mujarab. Kalau aku. Setiap hari breakfast tak skip sebab after minum coffee kena breakfast. And then lunch pun tak skip melainkan puasa hehe. Lunch tu kalau duduk rumah selalu makan makanan yang ber-sup. And then kalau malam, langsung tak makan sampai lah ke esok pagi. Tapi kadang kadang makan jugak hihi :P
So, itu je lah pengalaman aku minum MSC ni. Dekat dapur ada lagi satu jar nak kena habiskan lagi. Lepas ni mungkin tak consume benda ni lagi sebab nak try produk lain fulaiittt. Tapi kena ingat jugak, kalau minum ni effect dia bergantung jugak dengan orang tu. Ada yang lambat, ada yang cepat. Kalau yang lambat tu macam aku ni haa, sabar je lah. Ingat satu ayat, kurus bukan senang. Hahaha.
Okay, sampai di sini sahaja post kali ni. Will continue later dengan new post! Bye bye ;)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan