26 Mei 2014

RESIPI SUP TOMYAM

Assalamualaikum & holla semua :)

Hari ni nak post pasal resipi pulak. Resipi yang paling aku suka since awal awal diet. Tapi sadis, gambar tak ada nak letak. Tak snap. Huhu. Okay move on. Kali ni nak kongsi resipi sup tomyam. Yes yes, sangat senang nak buat. Tapi just nak share cara aku. Tu pun belajar sikit dari orang hee ~ So, jom tengok bahan bahan dia. Btw, recipe ni ikut suka hati katakoo. Main campak campak main agak agak. Paling penting kena masak dengan penuh kasih sayang baru lah sedap. Haha. So bahan bahan apa semua ni aku estimate dalam 2/3 orang boleh makan

Ingredients: 

Air (3 cawan)
Kobis
Cauliflower
Carrot 
Jenis sayur sayuran lain (Ikut citarasa anda)
Bawang (1-2 biji)
Bawang putih (3-4 ulas)
Paste tomyam (Aku guna paste beli dekat Padang Besar. Tak tahu apa jenama. Nak guna lain pun boleh)
Garam
Gula
Fishcake/fishball
Air limau (untuk masam)

Directions:

1. Letakkan air di dalam periuk. Didihkan dia.
2. Potong bawang & bawang putih. Masukkan bawang, bawang putih & fishcake ke dalam air yang telah dididihkan.
3. Masukkan sayur keras dahulu (carrot, kobis)
4. Masukkan pulak paste tomyam.
5. Masukkan garam dan gula sedikit untuk perasa.
6. Akhir sekali masukkan sayur lembut (tomato)
7. Biarkan ia medididh seketika. Tutup api dan angkat.

Senang gilaaaa kan? Ini yang simple punya. Bagus lah untuk remaja remaja dekat luar sana yang nak diet tu. Makan sup ni sahaja. Lepastu, kalau korang nak letak mee ka apa ka, pastikan jangan campur sekali. Hidang asing yee. Kalau campur sekali memang tak sedap i tell chuolss. Hihi. 

So itu je lah nak kongsi petang ni. Alang alang dah buat lunch tadi, kongsi lah sikti resipi. Kan? So enjoy! :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan